:: INFO SEKOLAH ::
    Photobucket
      SK KAMPONG MELAYU
      JLN PENGHULU KASSIM
      86000, KLUANG
      JOHOR
      TEL:07-7723559
      FAK:07-7723559
:: MUTIARA KATA ::
    ...RENUNGKANLAH...

    Abdullah bin Abbas berkata:

    "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

    "Pilihlah yang teringat apabila memutuskan sesuatu perkara"

    :: PAUTAN SEKOLAH ::
    • SK Seri Intan
    • SK Bandar T6
    • SK Kluang Barat
    • SK Tunku Mahmood 2
    • SK Seri Kg Rengam
    • SK Kg Dato' Ibrahim Majid
    :: PAUTAN PENDIDIKAN ::
    • KPM
    • JPN
    • PPD Kluang
    • Zoom-A
    • KPM
    • SPP
    • KPPK
    • DBP
    :: LEARN MATHEMATICS ::
    • Fractions
    • Decimals
    • Percentages
    :: MATHEMATICS IS FUN ::
    • Conundrum
    • Numbers
    • Fractions
    • Addition
    • Times
    • Snakes Ladder
    :: RANKING ::
      PPDHL Ranking System For Malaysia School's Sites and Portals Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
    :: WEBMASTER ::
    Rekaan Oleh: RozitaPaiman
    dengan kerjasama © AzlanLin
    "Gah"nya Namamu
    Thursday, January 1, 2009


    Labels: Umum

     
    posted by skkm at 11:22 AM | Permalink 0 comments
    Sarikata Lagu Sekolah SKKM
    Saturday, May 3, 2008
    Di pinggir bandar yang membangun
    Di tengah desa yang indah
    Nama dan lambangmu menjadi sebutan
    Sekolahku tetap dikenang

    Di hadapan gunung yang berseri
    Kau telah menaburkan bakti
    Kepada kami anak-anak pertiwi
    Warganegara sejati

    Oh Tuhan Maha Berkuasa
    Berkatilah sekolahku ini
    Lindungilah kami semua
    Daripada segala bencana

    Segala ilmu yang kau beri
    Kami tak dipersiakan
    Kepada negara kamikan berbakti
    Agar mencapai kemajuan

    Kepada Tuhan dipohonkan
    Segala rahmat dipinta
    Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu
    Selamanya terus maju....

     
    posted by skkm at 1:11 PM | Permalink 0 comments
    Ucapan Tahniah
    Monday, April 14, 2008
    Di atas kejayaan pelajar yang menyertai perlawaan dalam:
    Hoki (perempuan) - Johan dalam pertandingan MSSD

    Labels: Kokurikulum

     
    posted by skkm at 12:17 PM | Permalink 0 comments
    Kursus Kepimpinan
    Saturday, April 12, 2008
    :: Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Murid Sekolah Rendah ::

    Hari : Sabtu
    Tarikh : 12 April 2008

    Bertepatan jam 7.30pagi kelihatan murid-murid yang terlibat iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong kelas, berkumpulan di hadapan Dewan SK Kampong Melayu. Masing-masing hadir dengan tujuan yang satu untuk menghadiri kursus.

    Bermula dengan sesi pendaftaran, seterusnya murid-murid diarahkan masuk ke dalam dewan. Murid-murid diberitahu tentang perjalanan kursus. Ianya bermula dengan sesi ceramah dan berhenti rehat pada pukul 10.00 pagi. Seterusnya mereka akan menjalani sesi LDK mengikut kumpulan masing-masing.



    Ceramah disampaikan oleh En. Mohd Amin Ahmad Basri merupakan seorang kaunselor dari
    SK LKTP Ulu Pengeli. Sesi ceramah yang menarik kerana pengisian ceramah yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti.


    Salah satu aktiviti yang diselitkan di dalam ceramah ialah murid-murid dikehendaki menyanyi beramai-ramai dengan penuh semangat.
    Masa ni la murid-murid SKKM menunjukkan kehebatan masing-masing.


    :: Aktiviti selepas rehat ::

    Pengawas dikumpulkan di dalam dewan. Cikgu Mahaida pula mengambil-alih menunjukkan kehebatannya berceramah.


    Pengawas Pusat Sumber ditempatkan di dalam kelas mengikut kumpulan masing-masing.


    Ketua dan penolong kelas berkumpul di dalam musollah mengikut kumpulan.
    Apalah yang dibincangkan oleh mereka agaknya.


    Satu kepuasan setelah kerja dapat diselesaikan. Betul tak ahli kumpulan 3?

    Labels: Kurikulum

     
    posted by skkm at 4:47 PM | Permalink 0 comments
    Takewondo
    Latihan takewondo dijalankan pada setiap hari Sabtu. Menggunakan khidmat jurulatih dari luar. Dari maklumat yang diperolehi kemuncak latihan murid-murid akan berlangsung pada 19 April 2008 (Sabtu). Murid-murid akan menjalani ujian bagi melihat pencapaian dan pemahaman mereka terhadap pelajaran yang diperolehi sepanjang latihan yang dijalankan.


    Khusyuk mendengar taklimat dari jurulatih.

    Labels: Kokurikulum

     
    posted by skkm at 4:00 PM | Permalink 0 comments
    Pertandingan Peringkat Zon
    Tuesday, April 8, 2008


    Di atas kejayaan pelajar-pelajar dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Zon Kluang Timur:

    Bola Jaring - Naib Johan
    Hoki (Lelaki) - Keempat (Perempuan) - Johan
    Bola Sepak (Team A) - Johan (Team B) - Ketiga

    Pertandingan Sempena Maulidur Rasul

    Berzanji (Fathi b. Nazaini) - Ketiga (Nor Anjani bt Labaudin) - Ketiga
    Hafazan - ketiga
    Nasyid - Kedua
    Bercerita (Nurin Husnina bt Hussein) - Johan
    Bercerita (Wan Ahmad Hafiz b. Wan Abu Bakar) - Ketiga
    Tilawah Al-Quran (Syahmi b. Saim) - Ketiga

    Labels: Kokurikulum

     
    posted by skkm at 3:13 PM | Permalink 0 comments
    Kelab Renang
    Saturday, April 5, 2008
    :: Penyampaian Sijil ::

    Hari : Sabtu

    Tarikh : 5 April 2008

    Hari ini berlangsung Majlis Penyampaian Sijil bagi murid-murid yang menyertai Kelab Renang. Majlis berlangsung di Kolam Renang Kem Mahkota Kluang. 36 orang murid telah berjaya memperolehi sijil kursus renang bagi siri 1 yang telah bermula pada 26 Februari hingga 30 Mac 2008. Terima kasih kepada AJK yang diketuai oleh Puan Muhaini bt Mansor yang telah menjayakan program ini.

    Murid-murid perlu berenang untuk mendapat sijil masing-masing. Sungguh mencabar..
    Sijil disampaikan oleh Mejar Zulkifli bin Hasim.


    Aksi beberapa orang murid setelah memperolehi sijil masing-masing.
    Masing-masing dah boleh tersengih. Tahniah di atas kejayaan mereka....



    Mak ayah pun teringin juga nak mandi. Apa boleh buat cetek sangat la Puan Rokiah.....
    "Tak dapat mandi tengok anak mandi pun jadilah".


    Labels: Kokurikulum

     
    posted by skkm at 4:09 PM | Permalink 2 comments
    Bicara Jenayah Di Pagi Jumaat
    Di awal pagi Jumaat (4 April 2008), seperti biasa pelajar akan berkumpul di tapak perhimpunan. Aktiviti membudayakan Al-Quran akan berjalan. Ustaz dan ustazah akan memainkan peranan dalam melaksanakan aktiviti ini. Kali ini giliran Ustazah Rosnani bertugas. Sudah pasti guru-guru dan murid-murid akan tertarik dengan apa yang disampaikan. Gayanya berceramah seperti Ustazah Arbaiyah.





    Pagi ini juga kami mendengar taklimat tentang Jenayah Terhadap kanak-kanak. Taklimat ini disampaikan oleh Sub Inspektor Encik Rashid dari Balai Polis Kluang.


    Labels: Kokurikulum

     
    posted by skkm at 2:15 PM | Permalink 0 comments
    Pertandingan Hoki
    Thursday, April 3, 2008
    :: Peringkat Zon Kluang Timur ::

    Pertandingan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara. Pasukan perempuan telah berjaya mendapat tempat pertama, manakala pasukan lelaki mendapat tempat keempat.

    Abis la kereta cikgu tu... Nak buat macamana, tu la nasib kalau nak ke SK Ladang Mutiara. Tak kisah la kat mana pun perjuang perlu di teruskan.


    :: Peringkat Daerah ::

    Tahniah kepada pasukan hoki lelaki kerana telah berjaya menjadi johan bagi mewakili Zon Kluang Timur. Manakala pasukan hoki perempuan pula telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini.

    Amboi nak tunjuk medal nampak, yang perempuan pulak tersengih sampai ke telinga. Pukul bang jangan tak pukul... tak sia-sia la pukul bola tu nampaknya. Tahniah!!

    Labels: Kokurikulum

     
    posted by skkm at 10:17 PM | Permalink 1 comments
    :: GURU BESAR ::
      Photobucket
        En. Lukman bin Dinyati
    :: INFO SEKOLAH ::
    • Aluan Guru Besar
    • Gambaran Sekolah
    • Sejarah Sekolah
    • Sejarah Guru Besar
    • Piagam Pelanggan
    • Visi dan Misi
    • Bilangan Guru dan Murid
    Previous entries
    • "Gah"nya Namamu
    • Sarikata Lagu Sekolah SKKM
    • Ucapan Tahniah
    • Kursus Kepimpinan
    • Takewondo
    • Pertandingan Peringkat Zon
    • Kelab Renang
    • Bicara Jenayah Di Pagi Jumaat
    • Pertandingan Hoki
    :: PENGUNJUNG ::
      visitor stats
    :: BUAL BICARA ::

    :: ARKIB ::
    • January 2008
    • March 2008
    • April 2008
    • May 2008
    • January 2009